logoumno2mi6.gif

Saturday, December 24, 2011

KEKURANGAN BEKALAN MINYAK MASAK- JABATAN IMEGRESEN PULA DIPERSALAHKAN!!!


Masalah kekurangan bekalan minyak masak kembali membelenggu pengguna,peniaga restoran dan peruncit di sekitar Pulau Pinang setelah mereka sukar mendapatkannya sejak seminggu lepas.

Tinjauan aku di beberapa kedai runcit sekitar Seberang Perai mendapati pekedai terpaksa menjual hanya satu atau dua kilogram sahaja kepada setiap pelanggan bagi memastikan bekalan minyak tidak terputus.

Pemilik MiniMart, Zulkifli Bin Din, 47, berkata disebabkan kekurangan bekalan minyak, beliau terpaksa menghadkan setiap pelangganya bagi memberi peluang kepada pelanggan lain untuk mendapatkannya.

Seorang pengusaha restoran masakan ala kampong,Mohd Arshad Bin Jailani ketika ditemui pula memberi pendapat berbeza dengan mengeluh diatas sikap Jabatan Imegresen kerana terus membiarkan restoran-restoran masakan ala-Thai yang dimiliki oleh pengusaha dari Thailand mencuri berniaga meskipun tiada permit atau pas masuk yang sah.Ini mengakibatkan bekalan barangan kawalan seperti minyak,gula dan gas memasak dinikmati mereka dengan harga bersubsidi setaraf rakyat tempatan serta meletakkan inilah punca berlakunya kekurangan bekalan minyak dan gula yang kerap.
Mereka mengguna dan menyimpan stok minyak masak yang berlebihan ekoran memiliki modal yang besar akibat perniagaan yang maju,negara tidak mendapat apa-apa untung kerana untung mereka tidak dibelanja di Negara kita selain membeli minyak dan gula untuk kemudahan utama mereka.
Bayangkan dideretan laluan ini saja,terdapat puluhan restoran ala Thai yang beroperasi tanpa permit dan pas kerja yang sah,tapi Jabatan Imegresen membuta mata dan asyik menyerbu restoran-restoran ala-Thai yang dimiliki oleh pengusaha Melayu...ini tidak adil,ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.

Seorang peruncit pula berkata, beliau sukar untuk mendapatkan bekalan minyak daripada syarikat pemborong yang menghadkan setiap peruncit hanya boleh mendapatkan 100 kilogram sahaja dalam tempoh seminggu.

"Bila terputus bekalan minyak masak saya terpaksa membeli bekalan daripada peruncit lain dengan harga pasaran iaitu RM2.50 sekilogram bagi memenuhi permintaan pelanggan tetap," katanya.

Situasi ini sudah menjadi kebiasaan kebelakangan ini.
Apakah pihak KPDNKK sekadar melihat dan mendengar keluhan demi keluhan rakyat dengan tidak ada sebarang langkah dan tindakan sirius sejak perkara ini belaku sejak bertahun-tahun yang lalu?
Kes kekurangan minyak masak ini harus diatasi segera kerana ianya melibatkan keperluan asas seharian.

info http://srikandabangsa.blogspot.com

0 comments:

About This Blog

Assalamualaikum W.B.T
Blog ini di bangun oleh Pemuda UMNO Cawangan Simpang Empat, bertujuan memperjuangkan Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air di alam maya ini.

networkedblogs

Followers