logoumno2mi6.gif

Wednesday, March 28, 2012

Projek Solar Di Batu Kawan Bukti DAP, Guan Eng Kaki Putar Alam

BATU KAWAN, 28 Mac – Kerajaan DAP Pulau Pinang telah terbukti tidak bertanggungjawab apabila membelakangkan kepentingan rakyat tempatan khususnya di Batu Kawan sendiri apabila meluluskan pembinaan projek kilang solar biarpun ia memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Nordin Mohd Kassim membidas tindakan dangkal kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri.

“Fikirkan sendiri bagaimana tindakan DAP apabila loji pemprosesan Lynas di Pahang mahu diusahakan maka mereka buat bantahan sehinggakan demonstrasi besar-besaran digerakkan bukan saja di negeri terbabit tetapi di Padang Kota juga dibuat sedangkan dalam diam mereka ini menggerakkan satu projek yang lebih berbahaya,” katanya kepada UMNO-Online.

Dilaporkan, Bosch Group dari Jerman akan melabur RM2.2 bilion bagi membina kilang pengeluaran panel solar di Pulau Pinang selepas perjanjian memorandum yang dibuat kerajaan negeri.

“Sepatutnya hal-hal sedemikian dibincangkan dengan penduduk di sini terlebih dahulu dan mereka perlu memberi penjelasan kepada rakyat khususnya penduduk di Batu Kawan berhubung projek kilang Solar yang akan dibina di kawasan berkenaan.

“Persoalannya kenapa Lynas di Pahang diperbesar-besarkan sedangkan projek kilang solar yang diluluskan oleh pentadbiran negeri disembunyikan? Apa motif sebenar tindakan tersebut dibuat?”

Tegas beliau lagi, penduduk Batu Kawan sendiri tidak bersetuju dengan pembinaan kilang berkenaan yang bukan saja akan mencemarkan alam sekitar tetapi juga itu akan menjejaskan aktiviti harian penduduk di situ.

“Kawasan Batu Kawan bukan besar mana pun malahan penduduknya pun tidaklah seramai mana jadi sewajarnya kepimpinan negeri bukan saja menjaga hati penduduk tetapi juga mengambil berat akan apa yang berlaku kepada persekitaran mereka,” katanya.

Jelas beliau, kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa proses solar ini akan mengeluarkan lebih 10 bahan kimia dan bahan-bahan ini dikhuatiri akan menjejaskan punca pendapatan penduduk termasuklah ternakan ikan yang terjejas.

“Jika projek Lynas yang telah disahkan tidak memberi kesan berbahaya diprovokasikan dan dijadikan bahan proganda tetapi mengapa pula projek solar yang memberi kesan negatif kepada rakyat dibiarkan dibina?”

Pada 26 Februari lalu, satu demonstrasi Hijau telah digerakkan oleh pakatan pembangkang di Kuantan, Kuala Lumpur manakala di Pulau Pinang diketuai sendiri oleh Ketua Menterinya sebagai protes terhadap pembangunan kilang pemprosesan nadir bumi (rare earth) di Gebeng, Kuantan, Pahang milik syarikat Lynas Coporations LTD dengan mengatakan ia akan menghasilkan radioaktif yang membahayakan kesihatan dan boleh memberi kesan buruk terhadap manusia dan alam sekitar.

Namun begitu, hasil kajian didapati bahan nadir bumi adalah unsur penting dalam industri elektronik terutama sekali untuk penghasilan barangan seperti Ipad, komputer, Galaxy Tab, kipas helikopter, telefon mudah alih, turbin angin dan lain-lain malah mengikut data ekonomi, sebahagian besar bahan nadir bumi diimport dari China bagi memenuhi 90% hingga 97% permintaan industri elektronik di seluruh dunia yang semakin berkembang pesat.

Bukan itu saja, saintis pembangkang iaitu Dr Che Rosli Che Mat dari Pas juga telah menjelaskan bahawa operasi kilang pemprosesan nadir bumi tersebut adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat. – MediaUMNO.

Read more...

Sunday, March 18, 2012

Penguatkuasaan Logo Halal Guna Pendekatan Mendidik – Jamil Khir

PADANG SERAI, 18 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mahu penguatkuasaan logo dan sijil halal yang bakal berkuasa 1 Julai nanti menggunakan pendekatan mendidik.

Beliau berkata apabila ia dikuatkuasakan, pihak penguatkuasa yang mendapat latihan daripada Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) perlu bertindak secara bijak sebelum menghukum pihak yang terlibat.

“Kita akan terus mengambil pendekatan secara bertoleransi dan memberi sedikit kelonggaran kepada syarikat-syarikat yang telah dahulu menjelaskan bayaran yang ditetapkan.

“Mereka yang mematuhi prosesnya serta masih menggunakan logo lama akan dilakukan secara mesra dan baik, tiada kekerasan akan dijalankan pihak penguatkuasa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas, dekat sini, semalam.

Sebelum ini, Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Hakimah Mohd Yusoff berkata pengusaha yang gagal mempamerkan sijil dan logo halal yang dikeluarkan Jakim dan jabatan agama Islam negeri-negeri (JAIN) akan berdepan hukuman denda dan penjara mulai 1 Julai.

Beliau berkata jabatan itu akan melakukan pemantauan di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Katanya operasi pendidikan untuk memastikan setiap premis perniagaan mempunyai sijil halal dan bukan hanya mempamerkan logo halal sahaja telah dimulakan sejak awal Januari yang berakhir 31 Mac ini.

Read more...

Sempena Lawatan TPM dan Isteri ke Balik Pulau

Terima Kasih TPM!


































Read more...

Thursday, March 15, 2012

ANWAR KANTOI DENGAN KJ



Bila tengok balik video nie nampak sangat apa yang cuba diputar belitkan oleh Anwar,Nampak gayanya Pak Shiek tak payahlah nak berangan nak debat dengan PM lepas nie.Ketua Pemuda yang dianggap mentah pun tak boleh lepas dengan hujah dan fakta.Faktanya jelas Pak Sheik ada menyebut didalam WSJ :

"I support all efforts to protect the security of the State Of Isreal..."

Gelak sakan dengan adegan budak sekolah yang ditunjukkan oleh Pak Sheik nie.Nak ingatkan Pak Sheik Jangan sesekali merendahkan kami golongan Pemuda walaupun umuq tak cukup tetapi akal panjang Pak Sheik woiiii.Sendiri mau dok pikiq la benda nie.......

Read more...

Perancangan Strategik Hala Tuju Sistem Pendidikan Dirangka : Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Kementerian Pelajaran akan mengadakan siri dialog kebangsaan bermula April ini bagi mendapatkan input untuk penyediaan satu Pelan Pembangunan Pendidikan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini, pelan itu kemudiannya akan digunakan untuk menggubal satu Perancangan Strategik mengenai hala tuju sistem pendidikan negara pada masa akan datang.

“Kita menjangkakan laporan awal akan dapat dihasilkan pada penghujung September dan laporan akhir dapat dikeluarkan pada Disember tahun ini, serta diikuti dengan penggubalan dan pembangunan Perancangan Strategik pendidikan yang baru,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang bertanya sama ada kementerian berhasrat mengkaji semula sistem pendidikan kini agar ia seimbang dengan perkembangan pelajar daripada aspek ilmu, jasmani, rohani dan akhlak.

Muhyiddin berkata usaha penilaian sistem pendidikan itu akan dilaksanakan oleh Pejabat Pengurusan Projek (PMO) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran, yang mengambil kira sembilan bidang keutamaan yang telah dikenal pasti.

Sembilan bidang itu ialah guru, pemimpin sekolah, kualiti sekolah, kurikulum dan pentaksiran, penguasaan pelbagai bahasa, peluang pendidikan lepasan menengah, ibu bapa dan komuniti, kecekapan dan keberkesanan sumber serta sistem penyampaian pendidikan.

Read more...

Muhyiddin Sampaikan Sumbangan Peribadi Kepada Keluarga Nurul Nadirah


JOHOR BAHARU, 15 Mac – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pembunuhan Nurul Nadirah Abdullah sebagai kejam dan tidak bertamadun.

Perkara itu disampaikan Pegawai Penerangan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tosrin Jarvanthi yang mewakili Muhyiddin, ketika menemui keluarga kanak-kanak berusia lima tahun itu di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Tosrin berkata Muhyiddin berasa sangat sedih dengan nasib yang menimpa Nurul Nadirah dan berharap keluarganya dapat menerima kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi.

“Timbalan Perdana Menteri juga berharap pembunuh yang tidak berperikemanusian itu diseret ke muka pengadilan dengan segera,” katanya.

Tosrin turut menyampaikan sumbangan peribadi Muhyiddin kepada ibu kanak-kanak berkenaan, Roselyn Alan, 25.

Nurul Nadirah, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA mengesahkan mayat rentung yang ditemui di Nusa Damai, Masai, dekat sini pada Khamis lepas adalah mayatnya.

Kanak-kanak itu hilang pada 1 Mac lepas ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan rumahnya.

Read more...

Ketua Menteri Harus Beri Penjelasan Penjualan Tanah Bayan Mutiara


NIBONG TEBAL, 10 Feb – Umno Pulau Pinang hari ini meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi penjelasan secara terbuka mengenai isu penjualan tanah seluas 41.6 hektar kepada sebuah syarikat swasta dengan harga RM1.1 bilion.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata Lim juga harus memberikan alasan kenapa tanah tebusguna yang luas itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemilik tanah itu sendiri.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata adalah menghairankan kenapa tanah itu dijual sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Tanah yang dianggap sebagai “bernilai amat tinggi” di Bayan Mutiara adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Bagi pentadbiran yang mendakwa sebagai mesra rakyat,(adalah) menghairankan tidak ada perundingan awam untuk melibatkan pihak yang berkepentingan sebelum menjual tanah milik kerajaan itu,” katanya.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri juga seolah-olah terburu-buru membuat keputusan untuk menjual tanah itu tanpa membuat penilaian harga tanah untuk jangka panjang.

Jika tanah itu dimajukan secara berperingkat, beliau berkata harganya akan melambung sehingga RM10 bilion tetapi kerajaan telah membuat keputusan kurang bijak apabila menjualnya dengan harga RM1.1 bilion dan memberi keistimewaan kepada syarikat berkenaan untuk membayarnya secara berperingkat sehingga lima tahun.

Beliau berkata kaedah jual-beli itu menguntungkan syarikat kerana tanah itu akan dimajukan secara berperingkat dan pemaju hanya perlu membayar kepada kerajaan negeri secara berperingkat juga.

“Secara mudahnya, setelah mendapat duit daripada pembeli bangunan yang dimajukannya dan nilai hartanah itu pula akan terus meningkat,” katanya.

Zainal Abidin berkata harga jualan yang diberikan kerajaan itu adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan harga di kawasan sekitarnya termasuk di Queensbay yang bernilai lebih sekali ganda daripada harga jualan itu.

Berdasarkan kepada maklumat, beliau berkata kerajaan negeri hanya membuat penilaian harga tanah itu selepas beberapa bulan menawarkannya kepada syarikat berkenaan dan tanah itu dijual secara pegangan bebas sedangkan menurut dasar kerajaan, tanah milik kerajaan hendaklah dijual secara pajakan sahaja.

“Kini kerajaan negeri sedang mencanang dengan peruntukan RM500 juta untuk projek perumahan rakyat dan kita juga tertanya-tanya daripada manakah sumber kewangan itu diperoleh sedangkan syarikat berkenaan belum pun membuat pembayaran,” kata beliau.

Read more...

UMNO Terus Galak Anggota Daftar Sebagai Pengundi


PUTRAJAYA, 15 Mac – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata usaha untuk menambah bilangan anggota Umno yang belum mendaftar sebagai pengundi akan diteruskan tanpa mengambil kira bila pilihan raya akan diadakan.

Pada pertemuannya bersama kepimpinan parti di peringkat negeri dan bahagian sebelum ini, kesemua pihak sudah diarah mempergiatkan usaha itu, katanya ketika diminta mengulas mengenai usaha terkini Umno untuk mempergiatkan proses pendaftaran pengundi baru untuk pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diumumkan oleh Perdana Menteri. Kalau tak daftar, ini boleh membantutkan usaha menambah baik daripada segi kekuatan kita.

“Ini kerana kita sedar pilihan raya ini melibatkan angka. Jumlah itu amat penting bagi kita,” kata Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Pada 8 Feb lepas, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata hampir 400,000 anggota Umno belum mendaftar sebagai pengundi.

Tengku Adnan berkata bagi menyelesaikan masalah itu, pihaknya menjalankan gerakan khas di peringkat Ibu Pejabat Umno untuk mengesan anggota yang belum mendaftar sebagai pengundi.

Shafie juga berkata usaha untuk menambah bilangan anggota parti terutamanya generasi muda masih diteruskan di pelbagai tempat semasa program-program tertentu dijalankan termasuk di tempat bersukan atau di pusat beli belah.

Read more...

Zulkifli Noordin Tidak Terkejut Dakwaan Pembangkang Terima Bantuan Asing




KUALA LUMPUR, 14 Mac – “Penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama berlaku sebab saya sendiri ketika bertindak sebagai peguam dia pun tahu bahawa kita menerima bantuan asing. Kita menerima input, khidmat nasihat dan lain-lain daripada pihak luar dan sebagai wakil rakyat sendiri pun banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini,” ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.


Tambahnya, beliau tidak terperanjat dengan perkara ini, kerana memang sudah berlaku dalam PKR dan di pejabat Anwar Ibrahim sendiri ada penglibatan badan-badan asing ini.

Dalam masa yang sama, Zulkifli Noordin mengakui PKR memberikan tiap-tiap calon, sama ada calon atau parti yang bertanding di satu-satu kawasan yang ditandingi bantuan kewangan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

“Di Parlimen Kulim Bandar Baharu sendiri iaitu Bahagian saya telah diberikan RM15 ribu peruntukan untuk menjayakan kempen PRU ke-12. Saya tidak menafikan memang kita menerima bantuan asing.

“Kita menerima latihan dari NGO asing ini, bagaimana nak berkempen dan bagaimana nak berjumpa dengan orang ramai, sampaikan saya sendiri ketika kita nak menganjurkan demostrasi telah dihantar berkursus di Viena dan di Filipina untuk mempelajari bagaimana nak berdemo. Ini semua memang tajaan badan-badan asing yang semua orang dah tahu” ujarnya yang menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket PKR.”

Tambahnya, penglibatan badan-badan asing ini ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan (Barisan Nasional) yang sedia ada sekarang ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu pihak-pihak tertentu.

“Yang itu kita sedar dan itulah sebabnya saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen bebas mengambil sikap menentang mereka (pakatan pembangkang) sekarang ini, kerana banyak benda yang dilakukan, boleh merosakkan Negara kita,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

Read more...

About This Blog

Assalamualaikum W.B.T
Blog ini di bangun oleh Pemuda UMNO Cawangan Simpang Empat, bertujuan memperjuangkan Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air di alam maya ini.

networkedblogs

Followers