logoumno2mi6.gif

Saturday, December 24, 2011

KEKURANGAN BEKALAN MINYAK MASAK- JABATAN IMEGRESEN PULA DIPERSALAHKAN!!!


Masalah kekurangan bekalan minyak masak kembali membelenggu pengguna,peniaga restoran dan peruncit di sekitar Pulau Pinang setelah mereka sukar mendapatkannya sejak seminggu lepas.

Tinjauan aku di beberapa kedai runcit sekitar Seberang Perai mendapati pekedai terpaksa menjual hanya satu atau dua kilogram sahaja kepada setiap pelanggan bagi memastikan bekalan minyak tidak terputus.

Pemilik MiniMart, Zulkifli Bin Din, 47, berkata disebabkan kekurangan bekalan minyak, beliau terpaksa menghadkan setiap pelangganya bagi memberi peluang kepada pelanggan lain untuk mendapatkannya.

Seorang pengusaha restoran masakan ala kampong,Mohd Arshad Bin Jailani ketika ditemui pula memberi pendapat berbeza dengan mengeluh diatas sikap Jabatan Imegresen kerana terus membiarkan restoran-restoran masakan ala-Thai yang dimiliki oleh pengusaha dari Thailand mencuri berniaga meskipun tiada permit atau pas masuk yang sah.Ini mengakibatkan bekalan barangan kawalan seperti minyak,gula dan gas memasak dinikmati mereka dengan harga bersubsidi setaraf rakyat tempatan serta meletakkan inilah punca berlakunya kekurangan bekalan minyak dan gula yang kerap.
Mereka mengguna dan menyimpan stok minyak masak yang berlebihan ekoran memiliki modal yang besar akibat perniagaan yang maju,negara tidak mendapat apa-apa untung kerana untung mereka tidak dibelanja di Negara kita selain membeli minyak dan gula untuk kemudahan utama mereka.
Bayangkan dideretan laluan ini saja,terdapat puluhan restoran ala Thai yang beroperasi tanpa permit dan pas kerja yang sah,tapi Jabatan Imegresen membuta mata dan asyik menyerbu restoran-restoran ala-Thai yang dimiliki oleh pengusaha Melayu...ini tidak adil,ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.

Seorang peruncit pula berkata, beliau sukar untuk mendapatkan bekalan minyak daripada syarikat pemborong yang menghadkan setiap peruncit hanya boleh mendapatkan 100 kilogram sahaja dalam tempoh seminggu.

"Bila terputus bekalan minyak masak saya terpaksa membeli bekalan daripada peruncit lain dengan harga pasaran iaitu RM2.50 sekilogram bagi memenuhi permintaan pelanggan tetap," katanya.

Situasi ini sudah menjadi kebiasaan kebelakangan ini.
Apakah pihak KPDNKK sekadar melihat dan mendengar keluhan demi keluhan rakyat dengan tidak ada sebarang langkah dan tindakan sirius sejak perkara ini belaku sejak bertahun-tahun yang lalu?
Kes kekurangan minyak masak ini harus diatasi segera kerana ianya melibatkan keperluan asas seharian.

info http://srikandabangsa.blogspot.com

Read more...

Isu Semasa Pemuda: Roboh Madrasah : Kerajaan Pas Bukan Saja Tak Cerdik Tapi Ketepikan Sensitiviti Islam



ALOR SETAR, 23 Dis – “Pas hanya pandai bercakap, pandai berbohong. Jelas kerajaan Pas Kedah bukan saja gagal bertindak dan mentadbir malah tidak sensetif dengan agama apabila membuat keputusan merobohkan sebuah madrasah yang berusia lebih 100 tahun demi untuk membina kompleks membeli belah”, demikian menurutn Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim.

Tegas beliau Pemuda UMNO tidak menolak pembangunan di kawasan itu tetapi kesal dengan tindakan merobohkan madrasah yang sudah berusia lebih 100 tahun.

“Kalau kerajaan Pas Kedah bijak dan sensetif mereka sepatutnya membangunkan semula madrasah ini dengan wajah baru seiring dengan pembinaan hotel dan pusat membeli belah di sebelah madrasah ini.

“Ini bukan tidak boleh dilakukan… sebagai contoh ada pusak membeli belah yang besar di Kuala Lumpur tapi mereka tak robohkan kuil yang ada di situ. Kenapa kerajaan Pas Kedah yang kononnya lantang memperjuangkan Islam tapi dalam hal ini seperti orang tak cerdik”, katanya kepada Media UMNO di sini.

Jelas beliau lagi walaupun madrasah yang dirobohkan ini akan digantikan dengan surau di pusat membeli belah namun ia sudah tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan di surau itu oleh masyarakat.

“Lagipun tapak madrasah ini telah diwakafkan untuk pembinaan surau. Jadi tindakan kerajaan Pas untuk merobohkan madrasah ini dilihat tidak wajar. Kita yakin agama lain pun tidak akan setuju jika rumah ibadat mereka dirobohkan,” ujarnya.

Justeru beliau berkata Pemuda UMNO menyokong Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di sini yang akan menghantar memorandum kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak lama lagi bagi membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan madrasah itu.

info www.pemuda.com.my

Read more...

Media Pro-Umno Lebih Telus Daripada Harakah - Hasan Ali




Bekas perusuhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali menegaskan tidak wujud sama sekali istilah media Umno atau media musuh sambil menyifatkan akhbar rasmi milik parti Islam itu bersifat berat sebelah dalam menyiarkan laporan.

Malah Hasan juga berkata media dalam negara tidak memberi liputan negatif kepada parti dan dirinya termasuk ketika menyiarkan laporan berhubung polemik yang berlaku baru-baru ini.

“Bagi saya, tak ada yang dinamakan media Umno. Memanglah sebab kerajaan berkuasa, perkara kena rujuk kerajaan. Dan Umno sebahagian dari kerajaan. Sebab itu timbul media Umno. Saya sebenarnya pada asasnya, saya terima mana-mana media pun.

“Bagi saya, siapa yang dapat menyebar luas dan meletakkan berita ke pangkuan masyarakat luas, jadi ia pilihan saya. Saya tak nampak selama ini media memainkan peranan negatif kepada parti dan saya dalam konteks kontroversi ini,” katanya pada sidang media di sini.

Hasan sebelum ini muncul di Utusan Malaysia dan program yang disiarkan TV3 iaitu Soal Jawab — sesuatu yang dianggap tidak biasa diberikan kepada pemimpin pembangkang di negara ini.

Menurut Hasan beliau menganggap media lain lebih mudah dan memberikan liputan yang lebih baik berbanding organ partinya, Harakah.

Beliau turut mendedahkan Harakah melebihkan liputan terhadap golongan tertentu di dalam parti lantaran penguasaan yang diberikan terhadap lidah rasmi parti tersebut.

Hasan mengambil contoh wawancara Harakah bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berhubung isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang masih belum disiarkan sehingga kini kerana kepentingan pihak tertentu.

“Tetapi mungkin atas arahan pihak berkuasa dalam parti, didapati temuramah Datuk Harun din tidak tersiar sampai sekarang. Bayangkan kalau Haron Din tak tersiar bagaimana orang kecil seperti Hasan Ali?” kata beliau.

Justeru Hasan mencadangkan agar Harakah melakukan transformasi besar-besaran agar ia boleh diterima semua lapisan masyarakat.

“Kalau kepimpinan media baru diterajui oleh orang-orang lama. Sesetengahnya telah memimpin PAS selama lebib 20 tahun, tak berubah dan tak beralih, sudah tentulah saya merasakan perlu (berubah),” katanya.-FMT

Read more...

Wednesday, December 21, 2011

Isu Semasa Pemuda: Kedai Rakyat 1Malaysia: Pembangkang Ibarat Cacing Kepanasan




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mula mendapat hati rakyat. Majoriti rakyat menarik nafas lega kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) membuktikan sekali lagi “sentuhan” untuk bersama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk memenangi hati, jiwa dan fikiran rakyat.


Tapi seperti biasa kepakaran pembangkang ialah mengatur propaganda perang saraf negatif. Mereka mengelirukan dan memperdaya rakyat dengan membuat fitnah dan membina persepsi palsu.

Mereka sabotaj KR1M walaupun pada hakikatnya KR1M banyak membantu rakyat membuat pilihan membeli beberapa barangan dengan harga lebih murah.

Pembangkang ibarat cacing kepanasan. KR1M yang berkonsepkan pasar mini dengan menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah menjadi sasaran kumpulan YB2 pembangkang yang seolah-olah “ hilang akal”.

Pada mereka, apa saja yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak mesti diberi gambaran negatif, waima mengerjakan haji ke tanah suci pun dipolimikkan!.

Wahai pembangkang, sedar dan insaflah, KR1M adalah untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan”.

KR1M menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka.

Janganlah berhati busuk. Bila KR1M terbukti keberkesanannya dan menjadi bualan rakyat Malaysia, pembangkang mencari pelbagai alasan yang meloyakan tekak untuk menafikan semua yang baik.

Inikah yang dikatakan pemimpin yang membela nasib rakyat?. Jauh panggang dari api!.

Kerana ketakutan yang amat sangat di atas kejayaan kerajaan BN memberikan yang terbaik untuk rakyat mereka sanggup berbuat apa sahaja asalkan dendam kesumat mereka tercapai.

Kepada Tony Pua, Nurul Izzah dan Dr Dzul yang bertungkus lumus cuba membunuh KR1M, cukup-cukuplah. Rakyat meluat dengan perangai hodoh kamu semua.

Sebenarnya, inilah hikmah dan kebijaksanaan Perdana Menteri. Penjualan barangan lebih murah di KR1M berjaya memberi tekanan kepada pasar raya besar dan peruncit menurunkan harga. Akhirnya golongan pengguna mendapat faedah.

Dan ini pula yang paling dibimbangi oleh pembangkang!

Read more...

Isu Semasa Pemuda: Kalau Tak Bohong Anwar Patut Sahut Cabaran Dr Mahathir Bersumpah



KUALA LUMPUR, 21 Dis - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata keengganan Anwar untuk bersumpah jelas membuktikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada di pihak yang salah.


Ini kerana kata beliau, setiap kali diminta untuk melakukan sumpah bagi membuktikan kebenaran, Anwar akan memberi pelbagai alasan supaya tidak melakukannya.

"Kita bersumpah atas nama Allah untuk mencari kebenaran dan terbukti sekali lagi, apabila dicabar dengan cabaran paling kuat (bersumpah), dia takkan buat. Sebab dia tahu apa yang dia dakwa tidak benar.

"Dalam kes liwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, dia tidak berani bersumpah dan terbaru, dengan cabaran Dr. Mahathir," katanya di sini.

Justeru Khairy menegaskan bahawa rakyat terutama orang Melayu dan beragama Islam perlu menilai siapa Anwar sebenar melalui sikapnya itu.

"Kenapa selepas lebih 10 tahun berlaku baru dia nak cakap sekarang? Kenapa kalau sudah tahu lebih 10 tahun dulu, dia tak bersihkan namanya sebagai seorang yang bukan ejen Bank Dunia?

"Nampak sangat apabila pilihan raya umum nak dekat, dia nak bersihkan dosanya dan lempar najis kepada orang lain," tambahnya.

Anwar cuba mencari alasan untuk tidak menyahut cabaran Dr. Mahathir supaya bersumpah bagi membuktikan dakwaannya bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.


sumber : http://pemuda.com.my

Read more...

Sekitar Himpunan Mahasiswa Di Putrajaya Menyokong DS Najib

Pejabat KPT Presint 5 Putrajaya


Berikut gambar mahasiswa seluruh negara yang telah menyertai perhimpunan sebentar tadi. Berlangsung di hadapan bangunan KPT Presint 5 Putrajaya.

Kira-kira 1000 mahasiswa telah hadir dari seluruh negara.

Program bermula 2 pm dan berakhir jam 4 pm mengikut masa yang diberikan oleh permit pihak polis.

Perjalanan perhimpunan yang aman ini wajar dituruti oleh mahasiswa yang cintakan negara.

Sepanduk menyokong Perdana Menteri



Setiausaha Politik Menteri KPT Haji Khairi Malek menerima memorandum daripada Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (ASPIRASI)



Bacaan doa oleh Timbalan Presiden ASPIRASI



Media massa dan blogger yang membuat liputan



Sepanduk oleh mahasiswa


Sumber: http://penembak-tepat.blogspot.com

Read more...

Tuesday, December 20, 2011

Gelombang Biru



GELOMBANG BIRU AKAN BERGEMA!!!!!!!

Read more...

Dr Hasan Ali hentam balik Setiausaha Agung PAS...juga akui PAS dah berubah



Selama ini kecuali cakap-cakap, tidak ada pemimpin PAS berani akui parti itu semakin jauh daripada perjuangan asal menubuhkan negara Islam selepas bersengkokol dengan PKR dan DAP.

Bagaimanapun, isu bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang dikatakan tidak layak bertanding mendedahkan ‘pekung’ bahawa parti itu  tidak lagi dilihat memperjuangkan prinsip-prinsip berlandaskan Islam.

Dalam sidang media terbaru, ADUN Gombak Setia itu yang diasak berulang kali mengenai tanggapan itu akhirnya terpaksa akur mengakui pakatan dengan PKR dan DAP menyumbang kepada perubahan dalam PAS.

“Bila sertai (Pakatan Rakyat) maka ada perkara perlu diubah suai...tetapi jangan ubah Islam,” jelas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu seperti mahu mengambarkan bahawa PAS sudah tidak konsisten lagi daripada matlamat asal serta dasar-dasar parti itu.

Malah Dr Hasan percaya pembangkang tidak berupaya mentadbir Putrajaya dengan pelbagai kemelut dalaman apatah lagi dengan kenyataan Karpal Singh, supaya langkah mayatnya dulu jika PAS mahu laksanakan negara Islam.

Beliau turut menyentuh soal Negara Berkebajikan yang jadi slogan baru PAS.

“Negara Berkebajikan ini tidak perlu dilakukan oleh PAS. Mana-mana negara hebat seperti Sweden dan United Kingdom semua negara berkebajikan  ...orang-orang sekular dan terpelajar ini mampu melakukannya,”

“Tetapi untuk meletakkan asas negara Islam kita perlukan ulama yang dapat garap Islam dalam konteks kehidupan moden dan saya yakin satu masa dulu, ulama-ulama  PAS yang lepas berjaya letak inti-inti agama dalam kehidupan masyarakat,” ujarnya.

Kesimpulan semua itu, dengan nada agak keras dan kecewa, Dr Hasan berkata, ‘ kena letak PAS pada pancang asal,’.



Beliau membuat gesaan itu juga kerana ada fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ni menyokong PAS mula mempersoal dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada parti kerana perjuangan utama parti dikesampingkan.

Katanya, ahli dan penyokong PAS tidak naif  dan tidak sedungu disangkakan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali  yang mendakwa beliau sedang berusaha menyakinkan ahli dan penyokong parti bahawa PAS tidak lagi memperjuangkan prinsip-prinsip Islam.

“Ahli dan penyokong PAS juga bukan lembu yang dicucuk hidung. Mereka berbudaya, bertata susila, beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual berfikir.

Sidang media ke dua pagi Selasa ini diadakan Dr Hasan sejak isu tidak layak bertanding itu ditimbulkan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib jelas digunakan beliau ‘memulangkan paku buah keras’ kepada Mustafa.

Beliau membidas Mustafa walaupun pemimpin senior tetapi meberi pandangan negatif dan mengandungi unsur jahat terhadapnya  dengan mendakwa Dr Hasan terperangkap dengan perangkap UMNO dan tindak tanduknya seolah-olah mahu melemahkan PAS.

Jelas beliau cukup angin dengan  Mustafa dan menyifatkan Setiausaha Agung PAS itu bongkak, sombong dan menggunakan autoriti jawatan elatah dan hilang arah hingga sangup bermain api fitnah.

Menurut Dr Hasan tindak tanduk Mustafa dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar bertentangan dengan pemimpin PAS lain  termasuk Mursydul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin  Tantawi yang menunjukkan simpati dan cenderong menyokong perjuangannya.

“Prinsip perjuangan saya meletakkan semula PAS di landasan asal. Dari pengamatan asal saya, PAS mula dikuasai golongan bukan ulama yang lebih cenderung mengamalkan politik akomodasi hingga sanggup korbankan prinsip perjuangan parti yang dipertahan sejak penubuhan,” tegasnya.

Dalam erti kata lain, Dr Hasan bangkit ‘lawan arus’ bukan kerana agenda UMNO seperti dakwaan Mustafa tetapi sudah nampak semakin banyak duri dalam daging PAS.



Menjawab soalan, beliau mengakui berjumpa dua profesor yang juga ahli PAS  seorang daripadanya Aziz Hanafi untuk mendapatkan pandangan tentang usaha yang dilakukannya untuk mengembalikan PAS pada perjuangan awal.

“Saya jumpa untuk dapatkan pandangan dari segi syarak dan intelelek. Mereka orang biasa dalam PAS bukannya untuk menyakinkan mereka atau orang lain bahawa PAS tidak lagi memperjuangkan Islam  seperti didakwa,” katanya.  

Mengenai kenyataan Mahfuz yang sinis mempersilakan menyertai UMNO, Dr Hasan menyifatkan Naib Presiden PAS itu bangkrap pemikiran dan tidak mengikuti perkembangan muthakhir isu tersebut.

Beliau menegaskan tidak akan mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa perjuangannya kini tertumpu kepada Islam, Melayu dan instutusi Raja-Raja.

Dr Hasan menggesa pimpinan parti mengambil tindakan terhadap Saari yang menyemaikan bibit-bibit perpecahan di kalangan ahli dan penyokong parti.

Beliau juga meminta siasatan terperinci ke atas proses pencalonan dan keputusan akhir bilangan pencalonan yang beliau terima di kawasan Gombak bagi mengelak spekulasi berkaitan pencalonan beliau.

Jelas, Dr Hasan tidak berseorang dalam isu ini kerana beliau melihat banyak sokongan daripada pemimpin, ahli dan penyokong PAS mengenai usahanya mengembalikan PAS pada pancang asal.

Apapun, usaha beliau nampaknya sudah menyebabkan PAS semakin bergelora terutama pemimpin yang mahu mempertahankan pakatan PKR dan DAP kerana Dr Hasan sudah jadi duri dalam daging pembangkang.

Namun, disebalik semua ini ,mereka tidak nampak duri sebenar dalam PAS sekarang..

Read more...

SENARAI PENUH SAHABAT-SAHABAT ANWAR YANG TAK SANGGUP LAGI D TIPU !!!



DARI RAKAN FACEBOOK !

Pejuang Agama Bangsa Negara

SENARAI MEREKA YANG TERBUKA MATA DAN MINDA..........

Reformis

1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,
2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,
3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
18. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Christina Liew
19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
21. Bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat

Kerusi Parlimen

1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
3. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
4. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin

Kerusi DUN

1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
6. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam
7. ADUN Bakar Arang di Kedah, Tan Wei Shu

Terkini...

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Gelugor, Lim Boo Chang dan ramai lagi ahli - ahli PKR bertindak keluar dari parti yang kian runtuh itu...

PUAK PUAK PAKATAN HARAM YANG LAIN BILA NAK SEDAR........!!!!

Read more...

Futsal Persahabatan 1Malaysia


Assalamualaikum WBT

Baru-baru ini Pemuda UMNO Caw. Simpang Empat dan juga Pemuda UMNO Caw. Desa Penaga mengadakan Futsal Persahabatan 1Malaysia pada 16/12/2011 baru-baru ini di Padang Futsal NSC Gelugor. Sekalung Tahniah kepada semua yang terlibat dan menjayakan program bersama ini, Insya-Allah kita akan memperbanyakkan aktiviti dan program pada masa hadapan.
Sekian

Read more...

About This Blog

Assalamualaikum W.B.T
Blog ini di bangun oleh Pemuda UMNO Cawangan Simpang Empat, bertujuan memperjuangkan Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air di alam maya ini.

networkedblogs

Followers