logoumno2mi6.gif

Wednesday, December 21, 2011

Isu Semasa Pemuda: Kedai Rakyat 1Malaysia: Pembangkang Ibarat Cacing Kepanasan




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mula mendapat hati rakyat. Majoriti rakyat menarik nafas lega kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) membuktikan sekali lagi “sentuhan” untuk bersama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk memenangi hati, jiwa dan fikiran rakyat.


Tapi seperti biasa kepakaran pembangkang ialah mengatur propaganda perang saraf negatif. Mereka mengelirukan dan memperdaya rakyat dengan membuat fitnah dan membina persepsi palsu.

Mereka sabotaj KR1M walaupun pada hakikatnya KR1M banyak membantu rakyat membuat pilihan membeli beberapa barangan dengan harga lebih murah.

Pembangkang ibarat cacing kepanasan. KR1M yang berkonsepkan pasar mini dengan menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah menjadi sasaran kumpulan YB2 pembangkang yang seolah-olah “ hilang akal”.

Pada mereka, apa saja yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak mesti diberi gambaran negatif, waima mengerjakan haji ke tanah suci pun dipolimikkan!.

Wahai pembangkang, sedar dan insaflah, KR1M adalah untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan”.

KR1M menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka.

Janganlah berhati busuk. Bila KR1M terbukti keberkesanannya dan menjadi bualan rakyat Malaysia, pembangkang mencari pelbagai alasan yang meloyakan tekak untuk menafikan semua yang baik.

Inikah yang dikatakan pemimpin yang membela nasib rakyat?. Jauh panggang dari api!.

Kerana ketakutan yang amat sangat di atas kejayaan kerajaan BN memberikan yang terbaik untuk rakyat mereka sanggup berbuat apa sahaja asalkan dendam kesumat mereka tercapai.

Kepada Tony Pua, Nurul Izzah dan Dr Dzul yang bertungkus lumus cuba membunuh KR1M, cukup-cukuplah. Rakyat meluat dengan perangai hodoh kamu semua.

Sebenarnya, inilah hikmah dan kebijaksanaan Perdana Menteri. Penjualan barangan lebih murah di KR1M berjaya memberi tekanan kepada pasar raya besar dan peruncit menurunkan harga. Akhirnya golongan pengguna mendapat faedah.

Dan ini pula yang paling dibimbangi oleh pembangkang!

0 comments:

About This Blog

Assalamualaikum W.B.T
Blog ini di bangun oleh Pemuda UMNO Cawangan Simpang Empat, bertujuan memperjuangkan Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air di alam maya ini.

networkedblogs

Followers