logoumno2mi6.gif

Sunday, July 5, 2009

BN sedia kemudahan lebih baik

KUALA KRAI: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini, penting bagi memudahkan usaha Kerajaan Pusat untuk terus merapatkan lagi jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata agenda membela nasib rakyat luar bandar khususnya bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur sentiasa menjadi keutamaan kerajaan BN di samping tidak mengabaikan penduduk kawasan bandar.

Kerajaan Pusat sentiasa membela nasib rakyat kerana ini agenda besar dan kita nak sediakan kemudahan lebih baik kepada masyarakat luar bandar, kalau pun tak setaraf dengan bandar, sekurang-kurangnya jurang antara dua kawasan ini dapat dikurangkan.
Kalau kita menang (pilihan raya kecil) sudah pasti ada tumpuan istimewa kepada Manek Urai, kita sudah isytihar nak menjadikan Manek Urai anak angkat Kerajaan Pusat kerana kita mahu meneruskan agenda pembangunan yang dijanjikan selepas ini," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Manek Urai berkata demikian selepas beramah mesra dengan petugas jentera pilihan raya BN di Kampung Lepan Kabu, Manek Urai, di sini, petang kelmarin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai tarikh penamaan calon, manakala hari pengundian pula pada 14 Julai. Pilihan raya kecil Manek Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakob, dari Pas pada 22 Mei lalu, akibat komplikasi jantung.


Mustapa berkata, BN bukan sebuah parti yang bekerja untuk rakyat secara bermusim, sebaliknya menjadi dasar Kerajaan Pusat bekerja sepanjang masa demi membela nasib rakyat.

Read more...

Wacana Ilmiah : Pemuda UMNO Setuju Terima Pelawaan Pemuda Pas

Putrajaya -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara rasmi telah menyatakan persetujuan secara rasmi menerima pelawaan Dewan Pemuda Pas bagi mengadakan wacana ilmiah terbuka.

Surat menerima pelawaan itu telah dihantar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin kepada Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hj Hasan Jumaat lalu.

Dalam surat tersebut, Khairy mengucapkan berbanyak terima kasih atas pelawaan Dewan Pemuda Pas untuk mengadakan “Wacana Ilmiah”.

Mengulas lebih lanjut, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim memberitahu persetujuan itu telah dicapai dalam mesyuarat pergerakan itu baru-baru ini.

Kita setuju dan perkara-perkara lain yang berkaitan akan dibincangkan secara lebih lanjut selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

''Ia selaras dengan persetujuan bersama sebelum ini untuk mewujudkan satu jawatankuasa urus setia yang akan mengendalikan tentang tajuk, format, peserta, jumlah jemputan, tarikh, tempat, waktu dan sebagainya," katanya.

Pada 1 Julai lalu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka kepada Pemuda UMNO.

Surat tersebut diterima oleh Razali di lobi Parlimen yang disahut secara positif oleh pergerakan itu pada hari yang sama.

Read more...

Kpg Buah Pala: Guan Eng minta bantuan Najib

Kerajaan Pulau Pinang akan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

"Kita boleh ambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah, kita harap kerajaan pusat boleh beri bantuan," katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.Lim berkata walaupun kerajaan negeri prihatin terhadap nasib penduduk berkenaan yang diarahkan keluar dari kawasan itu, namun kos untuk mengambil alih semula tanah itu adalah terlalu tinggi memandangkan status tanah itu adalah pegangan bebas dan telah diluluskan untuk tujuan pembangunan.

Lim bagaimanapun, tidak menyatakan kos untuk mengambil alih tanah itu.

Beliau berharap kerajaan persekutuan dapat membantu kerajaan negeri mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Penduduk Kampung Buah Pala terpaksa berpindah setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk kekal di tanah yang mereka duduki sejak sekian lama bagi memberi laluan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu.

Bagaimanapun penduduk berkenaan enggan berpindah dan meminta kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah mereka itu.

Read more...

About This Blog

Assalamualaikum W.B.T
Blog ini di bangun oleh Pemuda UMNO Cawangan Simpang Empat, bertujuan memperjuangkan Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air di alam maya ini.

networkedblogs

Followers