logoumno2mi6.gif

Sunday, July 5, 2009

Wacana Ilmiah : Pemuda UMNO Setuju Terima Pelawaan Pemuda Pas

Putrajaya -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara rasmi telah menyatakan persetujuan secara rasmi menerima pelawaan Dewan Pemuda Pas bagi mengadakan wacana ilmiah terbuka.

Surat menerima pelawaan itu telah dihantar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin kepada Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hj Hasan Jumaat lalu.

Dalam surat tersebut, Khairy mengucapkan berbanyak terima kasih atas pelawaan Dewan Pemuda Pas untuk mengadakan “Wacana Ilmiah”.

Mengulas lebih lanjut, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim memberitahu persetujuan itu telah dicapai dalam mesyuarat pergerakan itu baru-baru ini.

Kita setuju dan perkara-perkara lain yang berkaitan akan dibincangkan secara lebih lanjut selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

''Ia selaras dengan persetujuan bersama sebelum ini untuk mewujudkan satu jawatankuasa urus setia yang akan mengendalikan tentang tajuk, format, peserta, jumlah jemputan, tarikh, tempat, waktu dan sebagainya," katanya.

Pada 1 Julai lalu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka kepada Pemuda UMNO.

Surat tersebut diterima oleh Razali di lobi Parlimen yang disahut secara positif oleh pergerakan itu pada hari yang sama.

0 comments:

About This Blog

Assalamualaikum W.B.T
Blog ini di bangun oleh Pemuda UMNO Cawangan Simpang Empat, bertujuan memperjuangkan Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air di alam maya ini.

networkedblogs

Followers